Allah's Planning
assalamualaikum gaiss :))
ui berhabuk blog aku, lama gila tak update :(
meh nak bebel
.
.
untuk pengetahuan korang:
-after habis internship 28/2/16,
- aku travel ke langkawi w/ le family,
-then dr langkawi terus shoot ke kl untuk pegi training around 2 weeks
-after that, balik johor, and after seminggu pegi pulak pulau perhentian kat terengganu w/ my favourite gegurls
.
.
see, tak lekat kat uma tauuuu, macam-macam aktiviti, haha
then dapat interview untuk jadi cikgu which is aku pernah cite kat entry 'perancangan' nak amek pengalaman mengajar kan..
so alhamdulillah after 3 days aku dapat offer letter and dari situ kenal khaulah, zinnirah, ashsyifa, humaira, aiman, asyraf, allahu ramai nama student kena taip ni haha
kat situ aku mengajar bukan untuk bagi student pandai akademik je, but sahsiah sekali,
kalau korang pandai tapi perangai kelaut memang siap ummi shu bentukkan korang haha.
dari situ datang perasaan nak ade anak sendiri, nak didik, nak bentuk tapi taknak kawen, eh i means tak boleh ade lelaki sentuh aku HAHAHAAHA mengarut gila kan, kau lawan hukum alam ni shuhada kau sedar tak hahahaha
.
.
oke stop mengarut--
.
lepas tu baru tanam anggur kat uma hahaha.
selama tanam anggur tu, aku avoid nak jumpa sedara-sedara sebab diorg jenis tanya bila nak keje, tanya bukan sikit, tanya sampai aku stress & rasa tak guna sebab takde keje lagi padahal grad pun belom :( sedih aku hadap soalan tu je dari diorang, serius aku sangat depressed and anxiety, rasa i'm not good enough :(
.
dah la anak sulung kan, adik number 2 pulak dah keje bagus, yang si kakak tak keje lagi, si adik dah boleh hulur duit kat parents tapi si kakak tak mampu nak hulur pape lagi, rasa tak gunaaaaaaaa gilaaaaaa tauuuuuuuu :((
.
bukan aku tak usaha, tapi belum ada rezeki lagi hmmm, tambah lagi depressed kawan2 yang dulu banyak kali repeat paper pun dah keje, member2 rapat dah keje starting 2k, 2.6k, and i'm here with no income yet, allahu hari2 berperang dengan diri sendiri tauu tapi aku pegang satu je, Allah will answer your du'a during the right time, tapi dalam masa sama still avoid sedara2 sebab diorang selalu perlekeh course yang aku ambik (sains komp), selalu kena tanya kenapa amek kos tu kan peluang pekerjaan tak banyak, padahal aku je yang tau reality sebenar, sekarang kan zaman IT, kau tengok dulu, henpon takde pun takpe, paling hebat ade henpon 3310 je yang boleh texting and calling. tapi kau tengok sekarang, dari budak2 sampai ke orang tua, semua ada smartphone yang boleh wasep, youtube bagai, so takde issues yang kos IT ni akan takde keje, but kalau kau pegi bandar, and kau sembang dengan orang yang lagi berusia dari kau, pastu kau cakap kau amek kos IT, confirm diorg respek kau, diorang cakap kos IT memang perlu sangat zaman sekarang plus gaji mahal.. so aku just conclude sedara2 aku tak aware la pasal dunia sekarang haha nak sedapkan hati sendiri.
.
.
.
after that one of my classmate back than uni life ade post pasal 1 training ni which is menarik gilerr sebab belajar pasal network (fyi, i studied computer science major in network security) so memang aku excited gila la, lepas tu hands on training pulak tu! masa uni life belajar theory je kan..
lepas tu siap carikan keje pulak untuk sesape yang apply training ni,
minimum gaji yang kau akan dapat 2.5k for SME company (company sederhana) and 3k for non - SME (company besar)
.
aim aku 2.5k je, tak layak nak 3k, sedar diri lagi la ni haha.
plus dapat 3 certificate, gila oiiii untuk course IT ni memang certificate ni orang dok kejar kot, sebab dari certificate tu kau boleh jadikan diri kau unik dari orang lain, kira added value la kalau kau bawak certificate tu pegi interview. ye la cuba kau bayangkan, ade 2 candidate, sorang ade degree then sorang lagi ade degree and certificate (kemahiran), agak2 sape yang akan dipilih? haa.. pikir2 lah ye..
lagi2 yang ade working experience 5 years then ade certificate pulak, kalau kau lompat keje tempat lain sah2 kau boleh demand gaji kau, fuh..
.
plus training and exam ni disponsor and makan kos RM 18 000++, aku tak ingat berapa, kiranya kalau kau apply sendiri tanpa disponsor kau memang kena bayor la harga tu, tapi kalau join training ni tak payah bayar pape la sebab kena sponsor kan plus dapat allowance lagi!
banyak gila benefits tau!
.
.
k nak cita during training pulak, rezeki aku, dapat uma sewa area tempat training jee, boleh jalan kaki lagi, so dr situ aku boleh jimat transport, tak payah pikir minyak or tol, alhamdulillah Allah atas nikmat Mu, Allah ni baik sangat dengan aku padahal aku ni tah pape je :((
kawan2 supportive gila walaupun dalam kelas tu 21 orang lelaki and 4 orang je girls.
pastu kena bahagi2 group and setiap group kena ade sorang je girl. so here we go, aku dapat 1 group dengan amir, paan, maya and sena.
hari2 kena bahan and usik je macam aku ni little sister diorang so memang cepat la selesa dengan diorg, haha, diorang banyak tolong aku tak kisah la pasal study or the other things.
group members lain pun banyak tolong jugak, memang rasa aku owe diorang banyak kot, thank you gais for taking care of me and having me as a little sister! lafyu gais:))
.
.
hiks, for now i have CCNA & ITIL certificate, and next tuesday i will sit for my CompTIA Security+ exam, wish me luck gais!
.
.
ha ni nak cite ni..
lepas habis exam CCNA haritu aku balik johor, baru je sampai, pastu tengah masak dapat call cakap dari sekian2 company, terpaksa la aku rahsiakan atas sebab2 tertentu, tapi cukup la korang tau company tu international punya company (non-SME) kat cyberjaya.
then diorang tanya aku busy ke tak sebab nak interview through phone call ni, aku cakap okay je, lepas interview macam2 diorg cakap datang interview lagi 2 hari, ah sudah! da la baru je touch down johor tetiba kena pegi kl balik haha, so aku mintak reschedule balik and diorang cakap okay manager ada after 2 weeks so boleh la datang after 2 weeks, phew!
oh lupa nak cakap position diorg offer is application support, ada programming :(
i nak network :(((
.
.
dari situ aku dah berbelah bahagi hmm, tanya kak munirah (admin tempat training) okay ke apa semua sebab position ni bukan network, aku minat network :((
kak munirah cakap pegi jeee, banyak benefits tauu, so aku pun okay je lah.
after 2 weeks dapat call untuk pegi interview, aku punya takot tu sampai aku nak postpone lagi tauuuu, sebab aku kat uni belajar programming, database semua tu basic jeeee so cane kalau interviewer tu tanya pasal programming semua, apa aku nak goreng :(
tapi atas nasihat semua orang, aku pegi je lah, sebab nak puaskan hati semorang.
.
.
then teros book ticket, esok naik bas dan dalam bas still study haha
naik bas pukul 2.30pm and sampai pukul 7pm, tunggu uber lamaaa then sampai rumah sewa pukul 10pm camtu, hmm kepala dah pening sebab kena hujan semua, bukak tudung terus bum! tido hahaaha
bangun pukul 12am tapi kepala berat gilaaaa so aku dah tak larat gilaaaa aku tido balik, pukul 2am bangun and study pasal interview semua.
serius aku tak ready gilaaa, mati la akuuuu
.
.
interview pukul 1pm, pukul 11am aku da naik uber pegi sane, sembang2 dengan driver uber tu, dia tanya la buat ape aku pegi cyberjaya, aku cakap la ade interview dekat sekian2 company, dia cakap 'fuh dik, kalau kau dapat kat company tu masyuk la, international company tu, besar and kukuh, abg doakan kau dapat dik'..
kau tau, aku tak rasa apa2 wehhh, aku pegi interview ni bukan nak dapat job ni tapi aku just nak experience interview tu plus nak puaskan hati semorang yang suruh aku pegi interview tu hmm, so honestly aku sangat2 tak harap untuk dapat, aku tak rasa aku deserve keje kat company tu, sape la aku ni kan.. aku pegi ni memang separuh hati gila wehhh jujur gila dah nii..
sampai sana, register semua, then aku duduk dulu prepare ape2 yang patut sebab baru pukul 12pm.
pukul 12.50pm HR escort pegi bilik interview and dia bagi test, alhamdulillah test tu aku boleh jawab..
.
.
1.50pm manager masuk and dia hulur tangan nak salam, aku just cakap sory and buat tangan macam sawadikap tu hahahahaha, tapi dia paham and cakap oh sory jugak, sebab dia chinese so dia tak tau la kot muslim lelaki perempuan takleh sentuh.
.
first dia cakap okay interview ni just nak tengok character plus nak tau berapa banyak yang aku tau untuk mysql and linux/unix. dia bukan nak judge tapi just nak tau banyak mana aku tau and jangan pretend benda yang aku xtau tapi cakap tau.
.
dia tanya berapa banyak aku tau pasal linux semua and aku jujur cakap tau basic je sebab aku major in network, memang jujur la and aku pikir aku tak mungkin dapat job ni sebab compare aku dengan candidate lain mesti la ada yang dah pro linux, aku ni basic je :(
.
banyak la yang dia tanya
dia tanya, aku tak rasa rugi ke belajar kat uni 4 tahun pasal network end up keje yang ada kaitan dengan scripting and programming, oh fyi network main dengan cable, router, switch, tapi kalau scripting and programming kau akan hadap laptop, got it?
.
aku jawab jujur la past 2 weeks ni aku dah fikir pasal ni, and aku fikir kalau takdir aku keje bahagian ni aku terima je sebab aku boleh learn new things, kira network aku boleh buat, scripting boleh buat, programming boleh buat. added value la untuk aku.
.
dan dia ada tanya aku prefer programming ke tak, aku cakap kalau boleh tak nak haahaha jujur gila weh confirm aku tak dapat job ni
lepas sejam interview tu pun setel.
dia cakap ada HR akan escort aku ke lobby.
.
.
then after 15 minutes ada HR chinese peramah gila dia cakap apa kau tau?
dia cakap manager tu bagi positive feedback kat aku!
aku dah tergamam dohhh
dia cakap dapat je green light dia terus akan send offer letter kat aku!
gilaaaaaaaaaaaa aku tak cayaaaaaaaa
sumpah tak tau nak rasa apeeeeeeee
.
dia cakap congrats and kau tau aku tanya apa? aku tanya why me?? am i the only candidate?
dia cakap because you are the best! the best pebendaaaaaa da la aku tak pro linux semuaaa,
then dia cakap previously ada candidate lain tapi manager pilih aku, omgee why meeee wehh i am doing nothing kot, aku rasa aku tak impress dia pun just jadi diri sendiri.
after 2 hours, aku dapat call dari HR tu and dia brief pasal salary, kau tau aku punya la terkejut dengan salary tu sampai aku mintak dia ulang semula, aku target 2.5k je sekali Allah bagi 3k++, aku tak caya weh, then aku dapat offer letter time tu jugak and aku kena start 1st December which is lagi seminggu jeeeeee.
.
aku dilema nak terima job tu ke tak, aku call kak munirah cakap baru habis interview,
dia tanya ha cane, dapat tak? mesti dapat kan, and aku just ha ah je. dia gelak gila dia ckap tahniah semua. then aku cakap tapi kan akak, kalau ada company nak paggil interview untuk network punya job bagitau eh, dia cakap 'akak tak nak bagitau, hahaha' kak munirah nak jugak aku accept job ni haha, then kawan aku pun cakap 'kalau saya la saya akan terima, company besar kot, ramai kawan saya dah apply kat situ tapi tak dapat, awak dapat so awak kena pegi.'
.
.
so after mintak opinion dari kawan2, semua encourage aku untuk terima,
and semalam dah start cari rumah area cyber and alhadulillah jumpa yang dekat plus harga murah,
Allah is the best planners, walaupun aku ni antara yang lambat dapat kerja tapi aku rasa sangat berbaloi penantian ni, untuk fresh graduate macam aku dapat salary starting **** memang sangat banyak bagi aku,
lepas ni dah boleh jawab semua ni kat sedara2 aku hiks.
.
.
alhamdulillah goals aku untuk dapat keja sebelum 2018 tercapai, thank you Allah,
lepas ni boleh fokus bagi duit kat umi ayah, kumpul down payment beli rumah, lepas dapat rumah baru kita pikir beli kete ye?
.
kau nampak tak kenapa aku sewa bilik depan tempat keje je? haa sebab aku boleh jalan kaki pastu takkan beli kete lagi awal2 keje ni, tak nak ade komitmen sebab nak beli rumah hiks.
ya Allah permudahkan lah aku..
sekarang aku baru realize yang :
.
.
.
sebelum ni aku asik tanya je apa yang sebenarnya Allah tengah plan untuk aku?
masa tengah takde duit kena bayar 600 sebab accident, laptop rosak lah, henpon bateri buat hal la, aku macam dah give up and nangis je sebab dugaan datang bertalu2 masa aku tengah takde duit :(
rupanya ni yang Allah plan, alhamdulillah dapat keje after 1 month convo..walaupun ramai kawan2 dah keje sebelum convo..
.
.
terima kasih untuk orang yang selalu stay dengan aku walaupun aku ni pathetic gila, tapi korang sudi nak tarik aku supaya bangun, banyak sangat tolong aku, terima kasih Allah, terima kasih umi ayah, terima kasih adik beradik, terima kasih kawan2, terima kasih staff and trainer tempat aku training, thank you gais for staying :') thank you for not walk away :')
i love you guys. a lot.
.
.
doakan aku dapat cepat belajar, tak buat manager aku regret sebab hire aku, tak buat team frust dengan aku, dan semoga aku dapat buat keje elok2.
.
i wanna be a beauty with brain .
.
untuk yang tengah hunting for job, aku doakan urusan korang dipermudahkan, just ingat yang
.
-Allah is the best planners,
-Allah gives the hardest battle for His strongest soldiers,
-Allah will answers your du'a during the right time,
-just be patient and keep du'a
.
.
New achievement unlocked!
- Degree ✅
- Job ✅
- 45 KG ✅
.
.
What's next?
- House with my own effort 🏡
- Car 🚗
.
.
wish me luck gais!
hope all my dreams will come true! amin
adios ~
1 comment:
Unfit to setup 2fa for your Blockchain account.
Would you like to setup 2fa in your Blockchain account? 2fa is required as it gives security to your Blockchain account. In the event that you need to get to the most effortless strides to setup 2fa verification in Blockchain, you can take help from the accomplished officials by dialing Blockchain support number 1800-665-6722 which is working all day, every day with no break. You can accomplish various goals and dispose of the question right away however for that, you have to contact Blockchain master's group. visit:- http://www.cryptophonesupport.com/wallet/blockchain
Post a Comment