Surah Al-Fath adalah surah ke-48 dalam al-Quran.
Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 29 ayat.
Dinamakan Al-Fath yang bererti Kemenangan diambil dari perkataan
Fat-han yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Sebagian besar
dari ayat-ayat surah ini menerangkan hal-hal yang berhubungan dengan
kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad SAW. dalam peperangannya.
Nabi
Muhammad SAW sangat gembira dengan turunnya ayat pertama surat ini.
Kegembiraan ini dinyatakan dalam sabda beliau yang diriwayatkan Sahih
Bukhari; Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surat, yang
surat itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari
matahari. Kegembiraan Nabi Muhammad SAW itu ialah kerana ayat-ayatnya
menerangkan tentang kemenangan yang akan diperoleh Muhammad SAW.
dalam perjuangannya dan tentang kesempurnaan nikmat Allah kepadanya.
so , amalkan la surah ny ea?
may Allah bless you~
No comments:
Post a Comment