Saturday, 1 February 2014

Resepi : Aiskrim coklat & mcflurry oreo

Bismillahirrahmanirrahim

Oke hari ni aku nak ajar korang buat eskrim omputih tu haa,
bukan eskrim 2 posen tau,
you know eskrim omputih?
 ny haaa...

tenenene~ 

 
so hari ni takde gambar sebab aku malas nak tangkap,
semua gigih gugel je, hiks
resepinye senang je
BAHAN-BAHAN :
* 1 tin susu cair
*1/4 tin susu pekat
*1 sudu besar ovellate (cari yg halal)
* 1 sudu kecik esen vanilla
*2 sudu milo
*1 biji telur (taknak letak pon boleh)
*1 peket oreo
CARA-CARA:
 
1-First of all aku campur je semua bahan dan mix kan gune mixer, kalau takde mixer nak gune blender pon bolehh 
2-Mix kan selama 15-20 minit, kalau guna blender 5-10 minit dah cukup
3-Nanti hasil nya bahan tu akan nampak creamyy
4-Oleh sebab aku nak buat 2 jenis eskrim, so aku bahagikan bahan yg aku dok mix kan tadi dalam 2 bekas
5-Bekas yang nak buat eskrim coklat aku letak milo, then gaul guna sudu sampai sebati
6-Bekas yang nak buat mcflurry oreo  kononnye  aku letak lagi 1 sudu kecik esen vanilla dan biskut oreo yang dah dihancurkan, tujuan letak esen vanilla lagi sekali sebab nak buat rasa vanilla tu lagi umpphh, hha, hal ini kerana, esen vanilla yang mula-mula tadi hanya untuk menghilangkan bau hanyir telur je.
7-Lastly, masuk dedua bekas tu dalam peti sejuk semalaman, dan hasilnya...



voilaaaa~
senang kan?
may Allah bless~
salamun 'alaik

No comments: