Monday, 21 April 2014

Fitnah istikharah.

Kata seorang guru :
Apabila kamu bertunang dengan istisyarah dan istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada-adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka, tatkala akad sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumahtanggamu.
Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangannya akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka, tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.
~Jaga Hubungan~
-Ihsan Fadhli- Dan bilamana akad sudah sempurna, benar fitnah syaitan akan hilang. Namun syaitan henti menjalankan tugasnya . Godaannya akan terus menerus malah lebih dahsyat lagi. Pada ketika inilah, hubungan dengan ALLAH perlu diperkukuhkn lagi!




No comments: